1-3 APRIL 2019: Ekspedisi Saintifik Pulau Bidong yang dianjurkan oleh Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA). Program telah diadakan di Stesen Penyelidikan Alami Pulau Bidong. Objektif ekspedisi ini adalah bertujuan menjalankan penyelidikan saintifik di Pulau Bidong, meneroka kawasan puncak bukit dan kawasan-kawasan yang jarang dimasuki penyelidik sebelum ini, melatih penyelidik muda dan penyelidik komuniti serta menghasilkan penerbitan buku dan jurnal terindeks.