2 – 3 Mei 2019: Satu tinjauan telah diadakan selama 2 hari bagi persediaan Ekspedisi Taman Negara Pahang, Sungai Relau Merapoh, Pahang. Terdapat beberapa rentis utama di Taman Negara Pahang, Sungai Relau ini iaitu Rentis Palas, Rentis Interpretif, Bumbun Rimau, Rentis Negeram, Rentis Gua Gajah, Rentis Air Terjun Sungai Kelam, Rentis Lata Luis, Santuari Kelah Kuala Juram, Rentis Gua Peningat dan Rentis Gunung Tahan.