6 Ogos 2018: Bengkel Pemurnian Penulisan Buku Tasik Kenyir, Hulu Terengganu telah diadakan pada 6 ogos 2018 di Kompleks Kuliah Pusat pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bengkel ini telah disertai oleh pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Terengganu yang terpilih dalam Pertandingan Melukis dan Menulis Karangan Bertemakan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu Bagi Tujuan Penerbitan Buku.