Kem Scienceploration 2018 merupakan anjuran ke-3 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk mendedahkan dan menarik minat pelajar serta golongan belia di Sarawak kepada subjek-subjek di aliran sains. Program ini memberikan manfaat kepada 116 peserta sekitar Kota Semarahan dan Kuching. Penyelidik daripada Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari, Universiti Malaysia Terengganu dijemput sebagai fasilitator untuk program Scienceploration ini. Para penyelidik telah berjaya memindahkan ilmu kepada peserta dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang ditimba sepanjang kerjaya.