8 – 9 Februari 2018: Persidangan antarabangsa MASSA 2018 telah diadakan pada 8 hingga 9 Februari 2018 bertempat di Kompleks Kuliah Berpusat, UMT. Persidangan ini bertemakan “Web of Connections towards Sustainability: Local, Regional and Global”. Persidangan ini merupakan anjuran Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (BIO-D TROPIKA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama University of Sydney, Australia. Ia telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Nor Aieni Binti Haji Mokhtar, Naib Canselor UMT. Seramai 52 orang pembentang dan 5 orang peserta terlibat dalam persidangan ini. Ia telah mendapat penyertaan daripada 4 buah negara iaitu Malaysia, Australia, Vietnam dan China.

Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Tajuddin Bin Abdullah, Pengarah BIO-D TROPIKA. Dua orang pengucaptama yang terlibat iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong, Felo Penyelidik Utama di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Profesor Dr. Fadzilah Majid Cooke selaku Profesor Pelawat BIO-D TROPIKA. Dua sesi plenary turut diadakan semasa persidangan iaitu sesi plenary pertama bertajuk “Webs of Connection: Electoral and Islamic Politics” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Bridget Welsh (James Cabot University, Italy) dan Dr. Naser Ghobadzadeh (Australian Catholic University, Sydney). Sesi kedua plenary pula bertajuk “Webs of Connection: Post-Truth Politics and Developmental States” yang telah disampaikan oleh Dr Yeow-Tong Chia (University of Sydney), Prof. Madya Dr. Lily Zubaidah Rahim (University of Sydney), Dr. Tony Wilson (University of London) dan Prof. Madya Dr. Michael Barr (Flinders University, Adelaide).

Persidangan ini turut mendapat penajaan daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd, Keropok Omaf dan CVU IPATA Steamboat and Grill, Pantai Tok Jembal.

Terdapat dua output daripada persidangan iaitu penerbitan artikel terpilih dalam Journal of Sustainability Science and Management (JSSM) dan e-Prosiding bernombor e-ISBN: 978-967-2134-29-9. Bab-bab yang terdapat dalam e-Prosiding adalah Post-Truth Politics and Developmental States, Business, Management and Economic Relation, Ecotourism, Community and Sustainability, Environmental Challenges Environmental Knowledge: Scientific and Traditional, Orang Asli: Policy, Education and Environment, Orang Asli: Dietary, Health and Ginetic Profile, Food Security, Indigenous Knowledge, Livelihood and Community Transformation.