16 Oktober – 1 November 2018: Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (Bio-D Tropika) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan Kursus Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi Setempat Tahap Dua (2) di bawah geran “Translational Research” – “Project Community Based Ecotourism (CBE) Development and Local B40 Community Empowerment” yang diketuai oleh Dr. Hazman Bin Samsudin .Seramai 38 peserta seawal usia 19 sehingga 63 tahun, 11 orang peserta wanita dan 27 lelaki dari Setiu, Besut dan Hulu Terengganu telah terpilih melalui kerjasama antara Institut, Pejabat Daerah dan Penghulu telah berkampung di Peladang Setiu Agro Resort selama 17 hari dari 16 Oktober sehingga 1 November 2018. Seramai 38 peserta seawal usia 19 sehingga 63 tahun, 11 orang peserta wanita dan 27 lelaki dengan pelbagai latar belakang, hanya 17 peserta sahaja memiliki pengalaman sebagai pemandu pelancong berkemahiran alam semulajadi. Latar belakang peserta yang pelbagai menjadi satu keunikan untuk membentuk kesepaduan demi mencapai satu matlamat mendapatkan “Green Batch”. Kursus ini bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Jabatan Perhilitan , Jabatan Perhutanan, Jabatan Warisan, Jabatan Taman Laut Malaysia, “Terengganu Nature Tourist Guide Association” (TENAGA) dan “Eco Host” (Pn Erina Loo).

Terdapat 5 objektif kursus yang telah digariskan iaitu 1)Menyediakan jumlah pemandu pelancong berkemahiran Alam semula jadi yang mencukupi bagi perlaksanaan aktiviti eko pelancongan negara bersesuaian dengan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016 – 2025 oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia 2)Untuk menanam sifat rasa sayang dan menghargai keindahan alam semulajadi didalam diri pemandu pelancong itu sendiri 3)Untuk memberi pengetahuan asas mengenai kepentingan flora dan fauna serta peranannya di dalam industri pelancongan 4)Mananam sikap rasa tanggungjawab, kesederhanaan dan kepekaan terhadap alam semulajadi sebagai sumber produk ekopelancongan 5)Untuk meningkatkan lagi minat serta memajukan bidang kerjaya sebagai Pemandu Pelancong Alam Semulajadi.

Modul disertakan sebagai pengisian pembelajaran kepada semua peserta bukan sekadar dari segi ilmu tetapi merangkumi latihan dilapangan. Selain itu terdapat juga latihan diberikan untuk disiapkan secara dalam kumpulan dan juga individu. Terdapat 10 modul utama pembelajaran bagi mempersiap siagakan barisan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi dan dari modul ini terdapat lagi 11 pecahan demi memantapkan lagi pemahaman para peserta.