Satu perbincangan telah diadakan sempena lawatan kerja Prof. Dr. Alberto G. Gomes daripada La Trobe University, Australia pada 4 Jun 2015 (Khamis) jam 2.30 petang hingga 5.00 petang di Bilik Mesyuarat CSD. Program ini anjuran pihak Pusat Pembangunan Sosioekonomi (CSD). Prof. Dr. Alberto G. Gomes merupakan Pengarah Deep Network di Australia dan mempunyai kepakaran dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. Perbincangan ini dimulakan dengan sesi pembentangan hala tuju CSD oleh Dr. Roslina Ismail, Pemangku Pengarah CSD bagi mendapatkan idea dan pandangan Prof. Dr. Alberto G. Gomes untuk memantapkan hala tuju CSD. Objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan input, berkongsi idea dan pengalaman bagi memantapkan hala tuju CSD serta mewujudkan jaringan dan rangkaian kerjasama dengan pihak Deep Network. Program ini disertai oleh pensyarah dan penyelidik daripada Pusat Pengajian Pembangunan Sosial dan Ekonomi (PPPSE), staf CSD dan staf IPK.

Pembentangan Hala Tuju CSD oleh Dr. Roslina Ismail, Pemangku Pengarah CSD.

Sesi Pembentangan oleh Prof. Dr. Alberto G. Gomes, Pengarah Deep Network.

Sesi perbincangan dan rumusan.

Sesi penyampaian cenderamata.