
Menjelang tahun 2015;
Sebuah kompleks akan dibangunkan yang terdiri daripada makmal penyelidikan, sebuah galeri biodiversiti interaktif serta kemudahan-kemudahan asas seperti perumahan untuk kakitangan, asrama untuk pelajar (kapasiti 50 orang) dan tapak perkhemahan (kapasiti 200 orang).
Pusat ini tersedia untuk digunakan oleh universiti-universiti tempatan dan antarabangsa, sekolah dan institusi lain.
Pelawat yang terdiri daripada orang awam juga digalakkan untuk menggunakan kemudahan di pusat ini.
Pusat ini akan menjadi tarikan pelancong kerana terdapat makmal yang tersedia untuk pelancong berinteraksi dan melihat ahli-ahli sains menjalankan penyelidikan melalui “meja paparan”, interkom dan mikrofon.

Kabin di Stesen Penyelidikan Kenyir.