Beberapa penyelidik dari Institut Pembangunan Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari (IBTPL) Universiti Malaysia Terengganu mengambil kesempatan untuk menyertai Pesolar 2018 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyertaan dalam PESOLAR 2018 ini memberikan manfaat kepada bahagian Pembangunan Ekonomi Sosial IBTPL kerana berkesempatan menghasilkan 10 bab buku dalam naskah 10 buku. Selain itu, bahagian pembangunan sosial ekonomi mengambil kesempatan untuk bekerjasama dalam penyelidikan serta penerbitan dengan Institut Biologi dan Pemuliharaan Tropika dari UMS.