Bilakah IPK mula ditubuhkan?
IPK merupakan sebuah institut yang ke-4 ditubuhkan di UMT pada 1 Disember 2013. IPK adalah sebuah institut pemikiran dan penyelidikan yang merangkumi Pusat Pembangunan Sosioekonomi, Pusat Ekosistem Tasik Kenyir dan Stesen Penyelidikan Kenyir.

Di manakah lokasi IPK?
Bangunan utama IPK terletak di dalam kampus UMT di daerah Kuala Terengganu.

Apakah matlamat IPK?
Aspirasi UMT dalam memenuhi komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan Tasik Kenyir sebuah “destinasi pelancongan alam semula jadi” yang terkemuka di rantau ini di samping menjadi model kawasan pembangunan luar bandar dari perspektif kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial.

Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh IPK?
Di IPK disediakan kemudahan infrastruktur yang sesuai sebagai sebuah institut penyelidikan. IPK akan menyediakan kemudahan asas seperti Stesen Penyelidikan Kenyir yang menempatkan kemudahan penyelidikan seperti makmal serta kemudahan penginapan untuk penyelidik dan pelajar ketika menjalakan penyelidikan di Tasik Kenyir.

Adakah IPK menawarkan pengajian peringkat pasca siswazah?
Ya, IPK ada menawarkan pengajian peringkat pasca siswazah.

Bahasa pengantar utama yang digunakan di IPK?
Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Bagaimana sekiranya saya ingin berurusan dengan pihak IPK?

Boleh dihubungi melalui:

Institut Penyelidikan Kenyir (IPK)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
Terengganu, MALAYSIA
Tel : +609-6683190, +609-6684818
Faks : +609-6683354, +609-6684820
Emel : warga.ipk@group.umt.edu.my