____________________________________________________________________

Social Venture Youth Exchange 2017
Tarikh: 3-10 February 2017

Tempat : Kuala Lumpur

____________________________________________________________________

Qwork, merupakan sebuah syarikat usaha sosial yang menggabungkan pelbagai kemahiran generasi kini bekerjasama dengan Malaysia Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC), Asian Development Bank (ADB), Urban Youth Academy (UYA), Asia School of Business dengan kerjasama MIT Sloan (ASB-MIT), Hanyang University (HYU), Leaders in Industry-University Cooperation (LINC) dan institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia untuk membantu dan menmberi inspirasi kepada para belia agar mampu mewujudkan sebuah usaha sosial berteraskan keusahawanan melalui program ‘Social Venture Youth Exchange’ yang telah dijalankan baru-baru ini.

Antara matlamat pertubuhan sosial adalah untuk memperbaiki kehidupan masyarakat di negara-negara membangun dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan menyediakan keperluan asas yang secukupnya. Sehubungan itu, sebuah program selama tujuh hari telah diadakan bagi memberi inspirasi kepada para belia supaya berfikir selangkah  ke hadapan. Program ini melibatkan belia dari Korea dan Malaysia bagi melancarkan pertubuhan sosial mereka sendiri berlandaskan tiga matlamat pembangunan mampan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG-UN) yang telah dikenalpasti sesuai untuk dijalankan di negara kita. Tiga SDG tersebut adalah kemiskinan sifar (zero hunger), pendidikan berkualiti (quality education) dan pembangunan ekonomi (decent work and economic growth).

Belia dari Malaysia dan Korea telah mempelajari akan kepentingan untuk mengekalkan taraf hidup negara dan penjanaan pendapatan berterusan melalui pelbagai aktiviti. Seramai 12 kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima ahli kumpulan telah ditubuhkan dimana empat kumpulan diletakkan dibawah setiap SDG yang telah dikenalpasti. Antara nama kumpulan tersebut adalah Social Vengers, Coffee Lovers, Passionate Asians, The Nun, Gatchi Perpaduan, Vengadores dan Excel.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program tersebut termasuklah  ‘Social Venture Bootcamp’ dan lawatan kemasyarakatan yang merupakan usaha penglibatan sosial yang bertumpu di sekitar bandar Kuala Lumpur seperti di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Projek B Café, Sentul dan GOLD (Generating Opportunities for Learning Disables), Bandar Sunway. Selain itu, perbincangan bersama panel jemputan dengan usahawan sosial daripada Qwork Malaysia, Biji-biji Initiatives, Batik Boutique, Earth Heir dan Grub Cycle serta ASB-MIT MakerFest dan lawatan lapangan di sekitar mercu tanda di Putrajaya.

Majlis penutupan makan malam diakhiri dengan pelancaran rasmi Qwork Malaysia Vidzume, iaitu video resume para belia bagi mempersembahkan kemahiran dan bakat mereka kepada bakal majikan Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta program juga telah berlangsung berserta pengumuman lima kumpulan terbaik yang telah berjaya menghasilkan kertas cadangan usaha sosial mereka masing-masing. Lima pasukan yang muncul sebagai pemenang adalah daripada kumpulan Gatchi Perpaduan (Azuan; pelajar pascasiswazah IPK, UMT), Rapido, Social Vengers (Amera Hanna; pembantu penyelidik JSSM, UMT dan Candyrilla Vera; pelajar pascasiswazah IPK, UMT), Excel (Fathihi; pelajar pascasiswazah IPK, UMT dan Elizabeth; pelajar pascasiswazah IPK, UMT) dan Vengadores.

“Pelajar pasca-siswazah saya dari Institut Penyelidikan Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah dihantar untuk belajar dan berkongsi bakat dan pengetahuan mereka bersama golongan muda yang lain. Mereka telah menunjukkan prestasi yang baik, bekerja dalam satu pasukan dan menyokong antara satu sama lain yang merupakan peranan penting bagi memastikan SDG yang telah ditetapkan oleh United Nation berjalan dengan lancar. Saya amat gembira dan bangga dengan pencapaian mereka. Mereka telah pulang dengan meraih  tiga daripada lima kumpulan terbaik pada malam itu “kata Prof. Dato’ Dr Mohd Tajuddin Abdullah, Pengarah Institut Penyelidikan Kenyir, UMT.

_____________________________________________________________________

 

Scoial Venture 1st Place Team : Azuan (IPK postgraduate student) on second right.

Kumpula Tempat Pertama Social Venture : Azuan (pelajar pascasiswazah IPK), dua dari kanan.

 

Social Venture 3rd Place Team : Amera and Candy (IPK postgraduate student) on second and third from left.

Kumpulan Tempat Ketiga Social Venture : Amera (pembantu penyelidik JSSM) dan Candy (pelajar pasca siswazah IPK), dua dan ketiga dari kiri.

 

Social Venture 4th Place Team : Fathihi and Elizabeth (IPK postgraduate student) on third and fifth from left.

Kumpulan Tempat Keempat Social Venture : Fathihi dan Elizabeth (pelajar pascasiswazah IPK), tiga dan lima dari kiri.