Oleh: Muhammad Hafiz Bin Sulaiman

Satu kajian soal selidik di kalangan pelajar sekolah menengah telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu pada 11 April 2016 (Isnin). Kajian ini telah berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Kajian soal selidik ini melibatkan pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 sahaja. Kajian ini telah dijalankan oleh lima orang penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT); Dr. Chong Ju Lian, Saw Wei Ling, Nur Atikah Abd Rashid, Hairatul Madihah Mohamad dan Muhammad Hafiz Sulaiman.

Kajian soal selidik ini dijalankan sebagai kesinambungan kepada kajian terdahulu yang tertumpu kepada penduduk kampung atau orang dewasa. Namun, bagi melengkapkan penyelidikan yang telah dijalankan, adalah penting untuk mendapat maklumat tahap kesedaran tenggiling di kalangan generasi akan datang iaitu pelajar. Matlamat kajian soal selidik ini adalah untuk mendapatkan gambaran sejauh mana pengetahuan para pelajar mengenai tenggiling dan setinggi mana tahap kesedaran mereka untuk pemuliharaan tenggiling. Penyelidikan ini akan diteruskan di beberapa sekolah rendah dan menengah yang terpilih di kawasan Geotaman Kenyir.

 

Saw Wei Ling was giving explanations to the students involved in the survey.

Saw Wei Ling sedang memberikan penerangan kepada para pelajar yang terlibat di dalam kajian soal selidik.

 

Students are diligently answering the questions in the questionnaire sheets.

Para pelajar sedang tekun menjawab soalan-soalan di dalam kertas soal selidik.

 

A total of 98 form 4 students involved in this survey study.

Sejumlah 98 pelajar tingkatan 4 yang terlibat dalam kajian soal selidik ini.